2011年12月4日星期日


Berikut ialah isi pengajaran makro saya , saya mengajar kelas 2K yang mempunyai seramai 36 orang murid.




  video power point- kerjayaan warga Malaysia
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Mata pengajaran
Bahasa Malaysia
Tahun
2K
Bilangan murid
36 orang
Umur
+/- 8
Tarikh
4 November 2011
Masa
8:30- 9:00
Tema
Negaraku
Tajuk pelajaran
Kerjayaan warga Malaysia
Objektif
Pada akhir pengajaran , murid-murid dapat
i.                     Membaca petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.
ii.                    Menjawab sekurang-kurang 4 soalan dengan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.
iii.                  Menyenaraikan dan menyusun isi petikan mengikut urutan dengan ayat yang brtul.
Fokus Utama
5.2 membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
i.                     Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi dan gaya yang betul.
Fokus Sampingan
7.1 membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 (i) menyatakan maksud perkataan dan frasa dalam ayat yang diberi.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid sudah mengenai Profesor Dr. Hassan Yacoob dan Datuk Jimmy Choo
Sistem bahasa
ii.                    Tatabahasa : kata nama am
iii.                  Kosa kata :
Pengisian kurikulum
i.                     Ilmu : Kajian Tempatan
ii.                    NIlai : Kenegaraan , menghargai
Kemahiran Bernilai Tambahan
Verbal linguistik , Interpersonal
Bahan Bantu Mengajar
Komputer riba, projector, slaid power point , lembaran kerja



































Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Ativiti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi (3minit)

1.       Guru mempamerkan sabun dan ubat gigi yang diperbuat daripada gamat.
2.       Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
3.       Guru membetulkan kesalahan  murid(jika ada) dan memberi penerangan.
4.       Guru mengaitkan aktiviti hari ini dengan  isi pelajaran hari ini--- Kejayaan Warga Malaysia.
Ilmu: kajian tempatan

Nilai murni

Kemahiran berfikir: menganalisis

TKP: verbal linguistik
Langkah 1
(10minit)














sila rujuk video power point









1.       Murid membaca slaid power point yang diperlihatkan oleh guru secara senyap.
2.       Semua murid membaca petikan  dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.       Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4.       Guru memberi penerangan tentang petikan yang dibaca.



Ilmu: kajian tempatan

Nilai murni : menghargai, kenegaraan

KB: mengkonsepsikan idea

TKP
Verbal linguitik

BBM: kasut ,ubat gigi,computer riba,projector slaid power point
Langkah 2
(7minit)

sila rujuk video power point










1.       Murid membaca soalan secara senyap .
2.       Murid diberi peluang menjawab soalan secara suka rela.
3.       Guru membetulkan kesalahan(jika ada) dan memberi penerangan.
lmu: kajian tempatan

Nilai murni : menghargai, kenegaraan

KB: menyusun atur

TKP
Verbal linguitik

BBM: komputer riba,projector

slaid power point
Langkah 3
(7minit)
Lembaran kerja
( lampiran 1 )
1.       Murid dibahagi kepada 6 kumpulan
2.       Murid berbincang jawapan .
3.       Guru meminta wakil kumpulan membaca jawapan masing-masing.
4.       Guru membetulkan kesalahan murid(jika ada) dan memberi penerangan.
KB: menganalisis

TKP
Verbal linguitik , interpersonal

BBM: lembaran kerja


Penutup
(3 minit)

Soalan
1.       Apakah yang kamu pelajari hari ini?
Kejayaan Warga Malaysia

Rumusan
Hanya orang yang rajin berusaha baharu dapat mencapai kejayaan.
2.       Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini.
3.       MUrid yang dipanggil oleh guru menyatakan warga Malaysia yang Berjaya.
4.       Guru membetulkan kesalahan murid (jika ada) dan member  cadangan.





Lampiran 1
Susun ayat di bawah mengikut urutan
a.)
(     )Gamat hidup di celah-celah  atau di bawah batu karang.
(   ) Terdapat pelbagai jenis warna gamat seperti hitam , putih , perang dan berbelang-belang.
(    )Gamat ialah sejenis haiwan laut.
(    )Profesor Dr.Hassan Yaacob mendapati gamat berguna untuk mengubati pelbagai jenis penyakit

b)
(     )Menurut Datuk Jimmy , seseorang itu boleh berjaya sekiranya dia berdisplin , sabar , cekal serta rajin berusaha .
(    )Datuk Jimmy merupakan pereka kasut yang terkenal di peringkat antarabangsa .
(     )Minatnya dalam bidang rekaan kasut didorongi oleh ayahnya.


Refleksi Pengajaran Makro


Perkara
Refleksi (Set induksi)
kekuatan
Pada sesi set induksi saya menggunakan bahan maujud iaitu sabun dan ubat gigi untuk memperkenalkan tajuk pengajaran – kejayaan warga Malaysia .
kelemahan
Saya menggunakan bahan maujud untuk memperkenalkan tajuk pengajaran tetapi tidak mengedar sabun dan ubat gigi untuk murid yang duduk di belakang , hal ini menyebabkan murid-murid yang duduk di belakang tidak nampak bahan yang saya tunjukkan.
Penambahbaikan
Saya patut mengedar sabun dan ubat gigi kepada murid –murid supaya mereka dapat melihat dengan jelas .

Refleksi (langkah 1)
kekuatan
Dalam bahagian ini , saya meminta murid-murid membaca petikan .Petikan ini dibaca oleh semua murid dan seorang murid . Ini dapat mengenalpasti kefasihan murid dalam bacaan.
kelemahan
Semasa saya meminta murid membaca secara senyap , sebilangan murid membaca secara beramai-ramai.
Penambahbaikan
Seperti kelemahan tersebut , saya patut memberi arahan yang lebih jelas kepada murid-murid.

Refleksi ( langkah 2 )
Kekuatan
Murid-murid dapat menjawab soalan yang ditayangkan.
kelemahan
Dalam sesi soal jawab ini, saya melakukan satu kesalahan yang besar iaitu tidak mengingati jawapan .( Profesor Dr.Hassan Yaacob berjaya dalam memperkenalkan penggunaan apa?) Jawapan yang diberi oleh murid yang pertama adalah betul tetapi saya mengatakan salah.
Penambabaikan
Saya perlu hafar semula RPH yang saya tulis sebelum menjalankan p&p .

Refleksi (langkah 3)
Kekuatan
 Semua pelajar mengambil bahagian semasa pembentangan , mereka berebut-rebut untuk menjawab soalan .
Kelemahan
Semasa aktiviti kumpulan terdapat beberapa orang murid tidak berminat dalam aktiviti tersebut. Oleh sebab itu , ahli kumpulan mereka meminta  mereka menyertai aktiviti tersebut, mereka  mengikut nasihat ahli kumpulan dan menyertai aktiviti perbincangan.
penambahbaikan
Murid yang tidak memberi kerjasama , perlulah saya memberi tuguhan kepada mereka.

Refleksi ( penutup)
Kekuatan
Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan.
kelemahan
Pada akhir pembelajaran sebilangan murid mula berasa jemu kerana tidak diberi peluang untuk menjawab soalan.
penambahbaikan
Saya patut memberi peluang kepada murid yang belum  menjawab soalan.