2011年10月30日星期日

Kempen Lima Sen

Sekolah Yin Fei mengadakan kempen Lima Sen untuk mengumpulkan wang bagi membantu murid-murid miskin.Kempen itu diadakan selama tiga bulan.
     Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah dalam perhimpunan rasmi di sekolah Yin Fei . Semua murid digalakkan menderma kepada tabung kempen.
     Yin Fei dan rakan-rakannya berlumba-lumba untuk menjayakan kempen itu . Setiap hari selepas rehat , mereka akan memasukkan duit saku yang berlebihan ke dalam tabung khas yang disediakan oleh pihak sekolah . 
     Selepas tiga bulan , duit-duit syiling yang telah dikumpulkan dikira satu persatu.Kutipan duit syiling itu berjaya menepati sasaran yang ditetapkan .
     Yin Fei dan rakan-rakannya berasa gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan kempen tersebut .