2011年12月8日星期四

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Mata pengajaran
Bahasa Malaysia
Tahun
2K
Bilangan murid
36 orang
Umur
+/- 8
Tarikh
18 Julai 2011
Masa
10:20- 11:20 a.m
Tema
Mari bersukan
Tajuk pelajaran
Tokoh sukan
Objektif
Pada akhir pengajaran , murid-murid dapat
1.       Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.       Merujuk kamus untuk mencari makna perkataan(sekurang-kurangnya 4 perkataan)
3.       Menjawap soalan pemahaman sekurang-kurang 3 soalan dengan jawapan yang lengkap.
4.       Melengkapkan petikan dengan istilah dengan mengisi tempat kosong.

Fokus Utama
1.1    membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1(iii) memahami perkatan , frasa dan ayat.
Fokus Sampingan
3.1 menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata,istilah,frasa,struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

6.1 merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi ajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
Aras 2
i.                     Merujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang betul dan tepat.
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah biasa dengan Tokoh sukan-Nicol Ann David.
Sistem bahasa
i.                     Tatabahasa :
ii.                    Kosa kata : handaln, menjuarai ,mempamerkan , antarabangsa , menewaskan
Pengisian kurikulum
i.                     Ilmu : pendidikan jasmani dan kesihatan
ii.                    NIlai : kerjasama , patriotik
Kemahiran Bernilai Tambahan
KB: menjana idea
konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar
Komputer riba, projector, slaid power point , lembaran kerja









































Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Ativiti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi (5minit)
Gambar


1.       Murid memperlihatkan gambar.
2.       Guru bersoal tentang gambar.
3.       Murid berjawap secara sukarela.
4.       Guru membetulkan sebutan murid jika terdapat kesalahan.
5.       Guru mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran hari ini.
Ilmu: PJK

Nilai murni
Kerjasama , patrotisme

BBM: gambar
Langkah 1
(10minit)











Sila rujuk Petikan









1.       Murid memperlihatkan  slaid power point – petikan.
2.       Murid diminta membaca secara senyap.
3.       Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan  dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4.       Guru membetulkan sebutan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan.
Ilmu: PJK

Nilai murni : kerjasama , patriotik


KB : menjana idea konstruktivisme


BBM: computer riba,projector, slaid power point
Langkah 2
(15minit)
Sila rujuk kosa kata








1.       Guru menanda beberapa perkataan dalam slaid power point.
2.       Guru menerang tentang kata dasar bagi beberapa perkataan yang mempunyai imbuhan.
3.       Murid dibahagi kepada 6 kumpulan.
4.       Setiap kumpulan diedar sehelai kertas yang mengandungi 8 perkataan.
5.       Guru memberitahu murid , aktiviti ini sebagai 1 pertandingan.
6.       Murid diingatkan supaya bekerjasama merujuk kamus untuk mendapatkan makna bagi kelapan-lapan perkataan.
(kumpulan yang paling cepat serta dengan makna perkataan yang paling tepat adalah juara dalam pertandingan.)
7.       Guru meronda dan memberi bimbingan kepada murid yang kurang mahir merujuk kamus.
8.       Wakil kumpulan menulis makna perkataan pada papan hitam.
9.       Guru dan murid bersama-sama memeriksa jawapan .
10.    Murid diminta membaca perkataan dan makna perkataan beberapa kali.
lmu: PJK

Nilai murni : kerjasama , patriotik

TKP
Menjana idea konstruktivisme


BBM : computer riba ,slaid power point, projektor
Langkah 3
(12 minit)
Sila rujuk isi pelajaran langkah 1
dan soalan pemahaman
1.       Guru menerangkan teks berdasarkan makna perkataan yang diberi.
2.       Guru bersoal tentang petikan teks satu perenggan demi satu perenggan.
3.       Murid diminta menjawab soalan semasa disebut nama.

Ilmu : PJK
Nilai :kerjasama ,
patriotik


KBT: menjana idea konstruktivisme

BBM: computer riba ,projektor, slaid power point


Langkah 4
(13 minit)
Lembaran kerja

1.       Setiap murid akan diedar sehelai lembaran kerja.
2.       Murid diminta menyiapkan latihan tersebut secara jujur.
3.       Guru meronda dan member bimbingan kepada murid yang lemah dalam Bahasa Malaysia.
4.       Murid disebut nama untuk berdiri dan membaca petikan dalam lembaran kerja bersama dengan jawapan.
5.       Guru member galakan kepada murid yang kurang keberyakinan untuk membaca petikan bersama dengan jawapan.


Penutup
(3 minit)

8 perkataan
Handal,menjuarai, mempamerkan, antarabangsa,
menewaskan , olahragawati,berbangga , mengharumkan
1. Apakah yang kamu pelajari hari ini.
1.Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran hari ini.
1.       Murid diberi arahan oleh guru untuk menyalin 8 perkataan tersebut ke dalam buku tulisan .
2.       Guru membuat penutup social.



Langkah 1 dan 3 (petikan )
Petikan 
   Nicol Ann David merupakan pemain skuasy negara yang handal .Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983.Beliau mendapt pendidikan di Sekolah Menengah Convent Greenlane Pulau Pinang.
     Kejayaan pertama beliau ialah menjuarai Kejohanan Kebangsaan Skuasy Kebangsaan (bawah 12 tahun) pada tahun 1993.Beliau juga telah mempamerkan aksi yang cemerlang dalam beberapa kejohanan antarabangsa.
     Beliau turut berjaya menewaskan beberapa orang pemain terbaik dunia dalam Kejohanan Dunia pada tahun 2003.Selain itu , Nicol pernah memenangi anugerah olahragawati Kebangsaan pada tahun 1999 ,2003 dan 2005.
     Sebagai rakyat Malaysia , kita harus berbangga dengan kejayaan cemerlang Nicol. Beliau berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang sukan.


langkah 3 (soalan pemahaman)

Soalan 
1. Siapakah pemain skuasy negara yang paling handal?
Nicol Ann David merupakan pemain skuasy negara yang paling handal.
2. Beliau berasal dari mana ?
Beliau berasal dari Pulau Pinang.
3.Bilakah kejayaan pertama beliau menjuarai kejohanan Skuasy Kebangsaan ?
 Kerjayaan pertama beliau menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan pada tahun 1993.
4. Bilakah Nicol memenangi olahragawati Kebangsaan?
Beliau memenangi Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1999.

langkah 2 

Murid-murid merujuk kamus untuk mencari makna perkataan.
handal , menjuarai , mempamerkan ,antarabangsa ,
menewaskan ,olahragawati ,berbangga , mengharumkan


langkah 2
Kosa kata
1.       Handal = -
2.       Menjuarai = juara
3.       Mempamerkan=pamer
4.       Antarabangsa= -
5.       Menewaskan = tewas
6.       Olahragawati = olahraga
7.       Berbangga = bangga
8.       Mengharumkan = harum


langkah 4 (lembaran kerja)
Lembaran kerja
 Aksi      olahragawati   menewaskan     menjuarai   berbangga         dilahirkan     mengharumkan     pendidikan
NIcol Ann David merupakan pemain skuasy yang handal . Beliau (1)____________ di  Pulau Pinang pada 26 Ogos 1983. Beliau mendapat (2)_____________ di sekolah Menengah Convent Greenlane , Pulau Pinang.
     Kejayaan pertama beliau ialah (3)______________. Kejohanan Skuasy Kebangsaan (bawah 12 tahun) pada tahun 1993. Beliau juga mempamerkan (4)_______________yang cemerlang dalam beberapa kejohanan antarabangsa. Beliau turut (5)______________ beberapa orang pemain terbaik dunia dalam Kejohanan Dunia pada tahun 2003. Selain itu , Nicol pernah memenangi anugerah (6)________________ Kebangsaan pada tahun 1999 , 2003 dan 2005.


Refleksi
Perkara
Refleksi (Set induksi)
kekuatan
Pada sesi set induksi saya mempamerkan sebuah gambar untuk memperkenalkan tajuk pengajaran – tokoh sukan . Murid-murid dapat memberitahu saya isi kandungan gambar yang dipamerkan.
kelemahan
Murid-murid berebut-rebut memberitahu saya isi kandungan gambar tersebut. Mereka tidak mengangkat tangan untuk menjawab.
Penambahbaikan
Dalam keadaan yang hulur hala ini saya meminta murid-murid mengangkat tangan semasa hendak menjawab  soalan .

Refleksi (langkah 1)
kekuatan
Dalam bahagian ini , saya meminta beberapa orang murid membaca petikan . Saya meminta murid yang baik dan lemah dalam Bahasa Malaysia membaca petikan .  Ini dapat mengenalpasti kefasihan murid dalam bacaan.
kelemahan
Semasa murid yang lemah dalam Bahasa Malaysia membaca petikan , mereka berasa gelisah kerana takut sebutan dan intonasi  yang dibaca salah.
Penambahbaikan
Memandangkan keadaan ini saya mengalakkan serta meminta murid yang lemah dalam bacaan membaca secara perlahan supaya dapat saya memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Refleksi ( langkah 2 )
Kekuatan
Dalam aktiviti kumpulan , murid-murid dapat memberi kerjasama dan mereka dapat merujuk kamus dengan cepat dan tepat.
kelemahan
Dalam sesi ini, terdapat 3 orang murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran merujuk kamus.
Penambabaikan
Selepas p&p dijalankan , saya memberi bimbingan kepada 3 orang murid yang tidak dapat merujuk kamus .

Refleksi (langkah 3)
Kekuatan
Semasa memberi  penerangan murid-murid dapat menumpukan perhatian dan memberi maklum balas kepada saya. Murid yang lemah turut melibatkan diri dalam sesi soal jawab ini.
Kelemahan
-
penambahbaikan
 -

Refleksi (langkah 4)
Kekuatan
Murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja dengan jujur.
kelemahan
Murid yang lemah memerlukan masa yang lebih banyak untuk menyiapkan latihan. Murid yang kurang berkeyakinan berasa gelisah kerana takut sebutan dan intonasi  yang dibaca salah.
penambahbaikan
Saya memberi galakkan kepada mereka untuk membaca petikan bersama dengan jawapan.

Refleksi ( penutup)
Kekuatan
Murid-murid menyalin perkataan ke buku tulisan dengan kemas .
Kelemahan
-
penambahbaikan
-




















































没有评论:

发表评论