2011年12月8日星期四

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS ( ISIPADU CECAIR )

Mata pelajaran
Sains
Tahun
4K
Tempat
Bilik darjah
Tarikh
12-5-2011
Masa
11:50-12:50 p.m
Bil. Pelajar
31
Tajuk
Isipadu
Sub tajuk
Isipadu (cecair)
Kandungan
1.       Perbandingan perbazaan dua isipadu
2.       Menyukat air menggunakan alat pengukur yang berlainan.
3.       Menggunakan alat penyukat
4.       Unit piawai isipadu cecair (milliliter , liter)
Objektif
Pada akhir pembelajaran , murid-murid dapat :
1.       menyatakan jenis-jenis alat pengukur unit piawai .
2.       Berikan contoh ukuran isipadu cecair dalam system metric.
3.       Mengira isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai dalam system metric.
4.       Bandingkan kelebihan menggunakan unit piawai dan menggunakan pelbagai alat.
Pengetahuan lalu
Pelajar sudah tahu mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat-alat pengukuran bukan piawai.
Alat bantu mengajar
Bikar , silinder , air berwarna , air baldi



Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
penilaian
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(5minit)
1.       Guru menunjukkan botol air besar dan botol air kecil kepada murid.
2.       Guru mengenalkan cara menyukat isipadu cecair dengan lebih tepat.
1.       Murid membandingkan mana satu isi kandungan yang lebih banyak.
2.       Murid memberi sebab.

pencetus idea
1.       Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
2.       Guru member bimbingan kepada murid.
1.       Setiap kumpulan diberi sebaldi air dan botol kosong yang sama besar.
2.       Murid mengisi botol air sehingga penuh dengan alat pengukur sendiri.
3.       Murid menyatakan alat pengukur yang digunakan semasa membuat sukatan.

penstrukturan semula idea
1.Guru member tunjuk ajar.
1.Dalam kumpulan yang sama murid menuang semula air dari botol ke dalam
-bikar
-silinder penyukat
2.Murid mencatat dan membaca isipadu air dalam unit piawai

Langkah 4
1.Guru meminta murid menyatakan unit piawai bagi isipadu cecair.

3.       Guru member tunjuk ajar.
1.       Murid menyatakan unit piawai bagi isipadu cecair.
-          Mimiliter
-          Liter
2.       Dalam kumpulan yang sama , murid menyukat isipadu cecair mengikut 4 stesen yang disedikan dengan menggunakan silider penyukat.
-          Stesen 1=sebotol air mineral
-          Stesen 2=segelas air sirap
-          Stesen 3=sekotak air laici
-          Stesen 4=secawan minyak masak
3.Murid merekod hasil sukatan dalam lembaran kerja.

Penutup
1. Guru memberi soal jawab.
1. Murid menyatakan kelebihan menggunakan unit piawai berbanding dengan pelbagai alat.




LANGKAH 1

  1. Alat Bantu Mengajar   : botol kecil dan botol besar
       Tujuan          : Untuk menyukat isipadu cecair dengan dua botol yang berlainan saiz.



LANGKAH 2
  1. Alat Bantu Mengajar   : baldi , botol

       Tujuan                 : Menyukat air menggunakan alat pengukur yang berlainan






 













LANGKAH 3
 LANGKAH 3


  1. Alat Bantu Mengajar : Bikar , silinder
       Tujuan  : Menggunakan alat penyukat untuk menyukat dan mencatat isipadu air dalam unit piawai.



Perkara
REFLEKSI   ( Set Induksi )

Kekuatan
Guru menunjukkan botol air yang besar dan botol air yang kecil .
Murid dapat membandingkan mana satu isi kandungan yang lebih banyak serta memberi sebabnya .

Kelemahan
Semasa guru menunjukkan cara menyukat isipadu cecair .Murid-murid membuat bising kerana  tidak dapat melihat kerana jarak antara guru dan murid adalah jauh .

Penambahbaikan
Sesi pengajaran ini bertambah baik sekiranya guru menggunakan tayangan video untuk menunjukkan cara menyukat isipadu cecair . Dengan itu , murid yang duduk di belakang dapat lihat dan kebisingan tidak akan berlaku .

REFLEKSI ( Pencetusan Idea)

Kekuatan
Dalam sesi ini , murid-murid mengisi botol air sehingga penuh dengan menggunakan alat sendiri . Walau kebisingan berlaku tetapi nilai-nilai murni seperti tanggungjawab dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah masih wujud .

Kelemahan
Dalam sesi ini, kebisingan dan kekecohan berlaku dalam mengisi botol air sehingga penuh dengan alat pengukur sendiri .

Penambahbaikan
Dalam sesi ini, guru boleh menyediakan tiga botol air kepada  setiap kumpulan .  Dengan itu , semua murid dapat menyertai aktiviti kumpulan , kebisingan dan kekecohan tidak akan wujud .

REFLEKSI ( Penstrukturan Semula  Idea)

Kekuatan
Dalam aktiviti ini murid dapat mencatat dan membaca isipadu cecair dalam unit piawai dengan tepat dan cepat.

Kelemahan

Dalam sesi ini , semasa murid menuang semula air dari botol ke dalam bikar dan silinder penyukat keadaan menjadi bising kerana alat penyukat dan botol yang disediakan adalah terhad.

Penambahbaikan
Dalam aktiviti ini , murid perlu menyediakan sekurang-kurangnya tiga botol dan lebih banyak alat penyukat supaya semua murid dapat menyertai aktiviti tersebut .  

REFLEKSI ( Aplikasi Idea)


Kekuatan
Aktiviti menyukat mengikut stesen sangat seronok . Murid-murid bekerjasama dalam penyertaan aktiviti . Aktiviti ini dapat mengukuhkan kefahaman pelajar-pelajar bahawa isipadu cecair setiap alat penyukat unit piawai .

Kelemahan
Kelemahan sesi ini ialah murid tidak mempunyai masa yang cukup untuk membentangkan hasil kerja mereka . Ini disebabkan aktiviti menyukat mengikut stesen memerlukan  masa yang panjang .

Penambahbaikan
Aktiviti menyukat mengikut stesen boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan . Hasil pembentangan bagi setiap kumpulan boleh dikhususkan kepada beberapa kumpulan sahaja .

REFLEKSI ( PENUTUP )

Kekuatan
Murid-murid dapat memberi respond yang baik untuk menjawab soalan guru.

Kelemahan
Pembahagikan masa tidak wajar. Guru tidak mempunyai masa yang lebih untuk mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan rumah. Latihan ini diberikan pada seterusnya pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penambahbaikan
Setelah teknik penyoalan dijalankan , guru meminta semua murid mengulangi semula  apa yang mereka belajar hari ini.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 (KONSEP ISIPADU)

Pada tahun 2011 , saya diatur supaya mengajar mata pelajaran sains tahun 1 , 2 dan 4. Ini merupakan satu cabaran yang agar besar bagi saya, kerana sebelum ini saya tidak pernah mengajar mata pelajaran sains .  Untuk menjadikan p&p harian secara  lancar saya selalu meminta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman terutamanya bagi sains tahun 4  yang sukar dikuasai oleh murid .  Di bawah ini ialah rancangan pengajaran  harian yang saya bincang dengan rakan sejawat dan  digunakan semasa p&p dijalankan pada tahun ini. 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS
Tarikh                 :      11 Mei 2011 ( Rabu )
Masa                   :      60 minit
Kelas                   :      4 K
Tema                  :     Menyiasat Alam Fizikal
Tajuk                  :      Unit 4 Isipadu
Objektif Pembelajaran :        Memahami konsep isipadu
Hasil Pembelajaran :     Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
i.                    Menerangkan konsep isipadu
ii.                  Menyatakan dua jenis objek yang mempunyai isipadu
iii.                Menunjukkan objek yang mempunyai isipadu

Pendekatan P& P      :      Pembelajaran Inkuirin Penemuan
Kaedah        :      Mengeksperimen
KPS              :     Berkomunikasi,  Memerhati   
KMS             :      i.  Guna dan kendali alat
BBM                    :     kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar, kotak pensel, daun, bola dan komputer

Fasa Pengajaran
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi
(5 minit)










Bersoal-jawab
1.Murid diminta mengeluarkan satu objek yang boleh mengisi benda daripada beg sekolahnya.

2.Guru bersoal-jawab:
a.      Apakah yang kamu keluarkan ini?
b.      Apakah benda yang boleh diisi ke dalam objek yang kamu keluarkan?
c.       Objek yang siapa pamerkan   paling besar?
d.      Objek yang siapa pula paling kecil?



KPS:
1.Berkomunikasi
KBKK:
1.Menghubungkaitkan
Nilai Murni:
1.Kasih Sayang
Taraf Kognitif:
1.Kefahaman
Kaedah P&P:
1.Kaedah Soal-jawaB





Pencetusan idea
(15 minit)
Menerangkan konsep isipadu dan menyatakan dua jenis objek yang mempunyai isipadu
1.Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan konsep isipadu.

2.Murid dibimbing menerangkan konsep isipadu.

3.Setiap murid diminta memberi dua contoh objek yang mempunyai isipadu.
KPS:
1.Berkomunikasi

KBKK:
1.Menghubungkaitkan
2.Menginferens

Tahap Kognitif:
1.Pengetahuan
2.Kefahaman

Penstrukturan semula idea
(25 minit)
Membuat pemerhatian

1.Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

2.Murid melawat persekitaran sekolah dan membuat pemerhatian objek-objek di sekeliling mereka.

3.Murid merekodkan objek-objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka lalu mencatatkan kedalam kad tugasan yang diberi oleh guru.

4.Ketua kumpulan diminta menyatakan objek yang mempunyai isipadu berdasarkan pemerhatian mereka.
KPS:
1.Mengeksperimen
2.Mengawal pemboleh ubah
3.Membuat pemerhatian

KBKK:
1.Membanding dan membezakan isipadu dan luas.
2.Menghubungkait
3.Menjana idea
4.Membina hipotesis

Nilai Murni:
1.Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.
2.Bekerjasama
3.Jujur dan tepat dalam merekod data

Tahap kognitif:
1.Pengetahuan
2.Analisis

Pendekatan P&P:
Pendekatan
Inkuiri-Penemuan

Aplikasi idea
(10 minit)
Menunjukkan objek yang mempunyai isipadu.
1.Guru meletakkan kertas, kotak, peta, botol, gambar, beg, surat khabar, kotak pensel, daun dan bola di atas meja. ( rujuk Lampiran 1 )

2.Guru menyoal:
a. Berdasarkan objek-objek yang dipamerkan, objek manakah mempunyai 
    isipadu?

3.Murid diminta melukis objek-objek tersebut di buku amali.

Nilai murni:
1.Menghargai masa
2.Bekerjasama

KBKK:
1.Membandingbeza


Tahap kognitif:
1.Pengetahuan
2.Aplikasi

Refleksi
(5 minit)
Membuat Kesimpulan
1.Murid menonton sebuah video pendek melalui komputer.

2.Murid-murid membuat kesimpulan:
# Isipadu sebagai besarnya  sesuatu ruang
# Isipadu ialah kuantiti untuk ruang yang diisi.
Tahap kognitif
1.Pengetahuan
2.Kefahaman


Lampiran 1



 poster

 botol



 silender











cawan
 beg
 gambar




REFLEKSI (SET INDUKSI)

Kekuatan
Dalam sesi ini, timbulah perasaan ingin tahu setiap pelajar kerana ingin mengetahui apa objek yang telah dikeluarkan oleh kawannya. Seterusnya menggunakan objek tersebut untuk membuat perbandingan.

Kelemahan
Tidak mempunyai gambaran yang jelas dalam mengeluarkan satu objek daripada beg sekolah dengan tujuan membuat perbandingan terhadap 2 objek yang berlainan saiz.

Penambahbaikan
Dalam sesi induksi membuat perbandingn objek, guru boleh menggunakan objek –objek di dalam kelas untuk membuat perbandingan. Aktiviti ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada murid-murid.

REFLEKSI ( Pencetusan Idea)

Kekuatan
Aktiviti ini memberi peluang kepada setiap murid berinteraksi antara guru. Aktiviti ini juga membantu guru untuk menguji setiap murid-murid bagi menguasai kefahaman konsep isipadu dan menyatakan 2 objek yang berlainan isipadu

Kelemahan
Dalam sesi pengajaran ini, murid-murid dibimbing memberi penerangan terhadap konsep isipadu dan dua contoh objek isipadu. Murid-murid mungkin menghadapi masalah dalam memberi penerangan. Penerangan yang diberikan adalah dalam tahap memuaskan. Ini kerana berdasarkan serba sedikit penerangan daripada guru dalam sesi induksi. Selain itu, sebilangan murid memberi contoh objek berulangan

Penambahbaikan
Aktiviti ini bertambah baik sekiranya penerangan lebih jelas daripada guru. Sebelum murid-murid memberi contoh objek, guru dinasihatkan memberi pendahuluan untuk contoh objek yang berlainan isipadu.

REFLEKSI ( Penstrukturan Semula Idea)

Kekuatan
Sesi ini merupakan pengajaran luar bilik darjah. Murid-murid berasa seronok dan minat bagi mengikuti sesi pengajaran ini. Keseronokkan dan minat belajar dapat membantu mengukuhkan ingatan pelajar-pelajar menyatakan pelbagai objek yang berlainan isipadu di kawasan sekeliling sekolah.

Kelemahan
Pada sesi pengajaran ini, murid-murid melawat persekitaraan sekolah dan membuat perhatian objek-objek di sekeliling mereka. Pada sesi ini, masa yang dperuntukkan agak kurang  iaitu sebanyak 20 minit.Kawasan halaman sekolah luas, perlu masa yang mencukupi untuk menjalankan pemerhatian. Murid –murid perlu memerhati dan merekod setiap pemerhatian yang dilakukan

Penambahbaikan
Sesi ini bertambah menarik jika menetapkan satu pertandingan. Kumpulan yang manakah menghuraikan objek yang banyak dalam masa yang ditetapkan adalah kumpulan yang menang                          

REFLEKSI ( Aplikasi Idea)

Kekuatan
Teknik melukis objek dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman pelajar-pelajar terhadap pengajaran hari ini.

Kelemahan
Sesi pengajaran ini adalah meminta murid untuk membuat perbandingan  berdasarkan contoh objek yang diberikan oleh guru. Seterusnya melukis objek tersebut di buku amali.Kelemahan pada sesi ini, ruang minda murid –murid terhad pada beberapa objek yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini tidak mencabar minda murid-murid.

Penambahbaikan
Aktiviti ini lebih mencabar dengan mengklasifikasi beberapa objek dalam isipadu yang besar dan isipadu yang kecil.

REFLEKSI ( Refleksi)

Kekuatan
Video yang saya muat turunkan di atas adalah sangat sesuai untuk murid mengetahui dalam membuat tafsiran mengenai konsep isipadu cecair terutama semasa membuat perbandingan tentang isipadu di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk.

Kelemahan
Video ini adalah dalam bahasa inggeris, bagi kelas sederhana ini tidak berapa sesuai kerana mereka tidak fasih Bahasa Inggeris.

Penambahbaikan
Guru cuba mencari video dalam bahasa ibunda murid supaya dapat menarik perhatian dan minat mereka.