2011年11月8日星期二

Latihan kata tanya

1. _________________ kah isi di dalam kotak yang berwarna merah itu ?
2. "_________________kah tarikh lahir kamu ?" tanya Lily kepada Lisa.
3. "_________________kah kamu berdiri di luar ?" tanya Ben kepada Balan.
4. Kamu letakkan beg itu di ______________?
5.____________kah dia datang ke sekolah?

Berbahasa dengan betul

 1. Menggunakan kata tanya siapa untuk menanyakan nama benda dan binatang.
  salah
 a) Siapakah tajuk buku ini?
 b) Nama kucing ini siapa?


 betul
 a) Apakah tajuk buku ini?
 b) Nama kucing ini apa?


 2. Menggunakan kata tanya apa untuk menanyakan nama manusia.
  salah
   a) Apakah nama budak ini?


  betul
  a) Siapakah nama budak itu?

2011年11月4日星期五

Kata Tanya

Info Bahasa
1. Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat tanya.
2. Terdapat enam jenis kata tanya,iaitu:

        apa     - untuk menanyakan benda atau haiwan.
         siapa  - untuk menanyakan orang atau nama orang.
         bila     - untuk menanyakan masa atau waktu.
         mana  - untuk menanyakan tempat atau kedudukan.
         mengapa - untuk menanyakan sebab atau alasan
         bagaimana - untuk menanyakan cara atau keadaan.

2011年10月30日星期日

Kempen Lima Sen

Sekolah Yin Fei mengadakan kempen Lima Sen untuk mengumpulkan wang bagi membantu murid-murid miskin.Kempen itu diadakan selama tiga bulan.
     Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah dalam perhimpunan rasmi di sekolah Yin Fei . Semua murid digalakkan menderma kepada tabung kempen.
     Yin Fei dan rakan-rakannya berlumba-lumba untuk menjayakan kempen itu . Setiap hari selepas rehat , mereka akan memasukkan duit saku yang berlebihan ke dalam tabung khas yang disediakan oleh pihak sekolah . 
     Selepas tiga bulan , duit-duit syiling yang telah dikumpulkan dikira satu persatu.Kutipan duit syiling itu berjaya menepati sasaran yang ditetapkan .
     Yin Fei dan rakan-rakannya berasa gembira kerana dapat bersama-sama menjayakan kempen tersebut . 

2011年10月29日星期六

Latihan 2

Tuliskan makna perkataan yang betul.


1. Wang saku- ___________________


2. Berhemat - ____________________


3. Upah -________________________


4. Prihatin - _____________________


5. Pelaburan - ___________________

Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

 buku akaun , pengawal keselamatan,
 Mesin Teler Automatik , Pegawai bank

1._______________ itu sedang berurusan dengan pelanggan.

2. Bank itu mempunyai dua orang ___________________.

3. Ali membuka ______________ di bank itu.

4. Lily mengambil wang kiriman ibunya di _________________.

2011年10月25日星期二

Lihat dan cerita














1. bertukar-tukar barang


2. menggunakan cengkerang

                             3. menggunakan wang kertas dan duit syiling


                                   4.menggunkan wang , cek dan kad kredit

Bagaimanakah urusan jual beli pada masa akan datang?